Sabtu, 22 Oktober 2011

Preview (F.T.G)




FTG (sing. Freedom That's Gone) merupakan sebuah 
kugiran thrash metal yang berasal dari Malaysia. Kugiran ini 
ditubuhkan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
Mereka adalah antara kumpulan terawal yang muncul di 
penghujung era generasi pertama muzik bawah tanah 
Malaysia seperti NemesisPunisher dan lain-lain.


Sejarah

FTG pada asalnya adalah sekumpulan pemuzik-pemuzik studio yang bertugas sebagai sessionist di studio FGM (Family Group Malaysia) yang dulunya berjaya dengan artis pop seperti Zaiton Sameon dan juga Eddie Hamid.
EP pertama mereka adalah rakaman berbau "Thrash Metal" Malaysia yang pertama dikeluarkan untuk pasaran. Ia dikeluarkan oleh FGM dalam tahun 1992. Beberapa minggu kemudian sebuah syarikat rakaman yang bernama VSP turut mengeluarkan demo-EP Cromok, "Image of Purity" (yang rakamkan di Woolongong, Sydney, Australia). Kedua-dua rakaman menjadi titik-titik mula untuk rakaman-rakaman Thrash Metal yang seberikutnya di industry muzik Malaysia.
Kumpulan FTG mengenengahkan imej thrash metal dan amat popular di funfair seluruh negara. Kebelakangan ini mereka lebih gemar mengambil halatuju muzik yang kurang agressif tetapi masih mengekalkan keberatan muzik metal itu sendiri. Mereka juga cenderung menghasilkan album dalam bahasa Melayu dan tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris.
Selepas album "To The Front", vokalis Bart meninggalkan kugiran ini dan digantikan oleh Tajul. Walaupun ada yang mengkritik dengan kemasukan vokalis baru ini, tetapi mereka tetap mengeluarkan album pertama mereka bersama vokalis baru Tajul iaitu "Aku Tak Peduli" dan tidak sampai seminggu album yang dikritik itu mencapai jualan 50 ribu unit dan juga mendapat anugerah platinum.
Pada akhir 2006, pemain bass asal, Mie (lebih dikenali sebagai Mie FTG) mula bermain bass untuk sebuah kugiran reggae, Pure Vibracion. Pada tahun 2008, Hashim dari Sil Khannaz menggantikan templat beliau sebagai pemain bes seasonist.


Ahli

  • Tajul - penyanyi
  • Mohd Rafli Mohd Isa (Jac) - Gitar
  • Mohd Nizam Mohd Shariff (Zam) - Dram
  • Hashim - seasonist bass



EP

  • Freedom That's Gone (1991)

Album Studio

  • After The Promise (1992)
  • Spirit To Rebel (1994)
  • To The Front (1996)
  • Aku Tak Peduli (1998)
  • Made In Malaysia (1999)
  • FTG (2000)
  • Made In Malaysia Vol.2 (2001)
  • Reborn (2002)
  • Stop This Madness (2004)
  • Kuasa (2006)

Album Live

  • Live at Metal Wars (1999)


Album Kompilasi

  • Stronger Than Steel - The Best Of FTG (1998)
  • Cromok & FTG (2000)
  • Kompilasi Terbaik FTG & Sil Khannaz (2001)
  • FTG rage D' Cromok (2006)



1 ulasan:

Norhafiza berkata...

FTG..ye kakNo pernah dengar..