Isnin, 31 Oktober 2011

Preview ( Langsuyr )





Kumpulan Langsuyr merupakan sebuah kumpulan pemuzik 


dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali 


sebagai indie di Malaysia.



Sejarah

Kumpulan Langsuyr ditubuhkan pada May 1991 dengan dianggotai oleh tiga rakan sepermainan, Azlan, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
Langsuyr dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik death metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Tahun 1993, Langsuyr mencuba pasaran death metal tempatan dengan penghasilan demo Occultus Mysticism. Ianya mendapat sambutan dalam scene tempatan. Asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh East Gothic Production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. Kesemua tape demo itu habis terjual.
Dengan sambutan yang menggalakkan itu, mereka kembali ke studio, dengan sokongan Nebiula Production untuk menghasilkan mini album the Eastern Cruelty pada tahun 1996. Lahirnya mini album ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada scene death metal tempatan yang mana munculnya istilah Eastern metal selepas rilisan tersebut. Langsuyr telah mula menerobos ke arena antarabangsa.
Tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Album yang dijanjikan akan keluar selepas The Eastern Cruelty tidak dikeluarkan tetapi sebaliknya disambut dengan keluaran dua lagu baru di dalam kompilasi Ipoh Metal Militant Supremacist pada tahun 1998. Akhirnya, Langsuyr telah berkubur pada tahun 2000.
Akhirnya, album pertama Langsuyr berjaya diriliskan tahun 2005 sebagai menunaikan janji mereka 10 tahun yang lampau. Hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan Awaiting The Malay album ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat death metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. Penukaran rentak lagu, penampilan dan gaya selari dengan peningkatan usia.
2007 - Bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama bentara & masih menghadapi masalah mixing dan mastering sehingga hari ini,2010.

Ahli-ahli

Ahli-ahli sekarang
  • Azlan Anzaruddin - vokal
  • Azmaniac - gitar
  • Azrym - gitar
  • Nikkimi - bass
  • Bob - dram
Ahli-ahli dahulu
  • Bentara
  • Ajizz (Sekarang bersama Sil Khannaz)
  • Bearkey
  • Berat


Tiada ulasan: